Pengikut

Khamis, 10 April 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 55 - Tonton Online (Kepala Bergetar)


Sinopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Bukan Kerana Aku Tak Cinta mengisahkan seorang lelaki berdarah campuran Melayu-Cina berhijrah selepas melakukan banyak kejahatan sebelum ini. Ahmad Ziyad Jebat, dibesarkan keluarga gengster selepas ibu bapanya mati dibunuh. Bagaimanapun, Jebat berubah selepas satu kejadian dan bertemu pula dengan abangnya, Wahab. 

Ketika berhijrah, tidak pernah terlintas di hatinya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati menarik hati Mastura iaitu adik ipar majikannya, Uwais. Pelbagai cara dilakukan Mastura untuk menarik perhatiannya sehingga Jebat rimas. 

Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak berputus asa. Jebat tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang mempunyai parut di bahagian mata. Selepas berkahwin dengan Mastura, satu persatu rahsia Jebat terbongkar. 

Dapatkah Mastura menerima Jebat selepas mengetahui suaminya dulu bekas gengster, kaki judi, minum arak, kaki perempuan dan segala macam kejahatan pernah dilakukan Jebat? Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta sarat dengan konflik menyentuh perasaan. Kisah seorang cucu Tan Sri yang tergila-gilakan bekas ketua gengster menjadi paparan, bagaimanapun konflik mereka dilihat lebih menarik apabila diterjemahkan. 

Kredit sumber: Bukan Cincai





4 ulasan:

  1. wah sekarang nie memang dah top ten tips seo nya cikgu..hihi

    BalasPadam
  2. Bilalah saya dpt menonton ni... rasa mcm nak menonton pulak dah cikgu.. :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78