Pengikut

Selasa, 18 Mac 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 44 - Tonton Online (Aswan Azmy Blog)


Drama adaptasi
Saya menonton rancangan NONA pada hari Ahad lalu. Antara slot yang saya ikuti, fenomena adaptasi novel ke bentuk drama. Kata Rosyam Noor dan Shiela Jalil  kejayaan sesebuah drama adaptasi bergantung pada semua aspek, termasuklah pengarah, penulis skrip, pelakon, dan kru-kru yang terlibat. 

Selain itu juga, apabila diajukan soalan, adakah pengarah drama kekeringan idea untuk menghasilkan cerita atau skrip yang baik, jawapan yang diberikan mereka berdua-tidak. Hal ini demikian kerana mereka menjadi orang tengah untuk menterjemahkan apa yang dibaca pembaca ke bentuk visual. Maka, pembaca akan nampak lebih jelas jalan cerita yang dibaca apabila sudah divisualkan. 

Bagaimanapun, pengarah dan penulis skrip boleh menggubah atau menambah teks (novel) mengikut kesesuaian selagi tidak melanggar hak etika mereka. Sebagai contoh, watak sampingan dalam novel perlu dikembangkan lagi apabila divisualkan supaya jalan cerita tersebut tidak hanya bertumpu kepada watak utama semata-mata. Jika ini berlaku, sudah pastilah penonton akan berasa bosan. 

Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Sebelum ini saya ada berkongsi tentang drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Full Episode - Tonton Online. Drama adaptasi ini telah memasuki episode 43. Pasti ramai yang tidak sabar untuk mengikuti episode 44 dan seterusnya. Kepada peminat drama ini bolehlah menonton secara langsung di Astro Mustika ataupun tonton online di blog yang menyediakan drama tonton online ini. Ataupun paling mudah boleh tonton online di blog Aswan Azmy Blog ataupun Kepala Bergetar.

Nota: Saya tidak mengikuti drama ini, malah tidak pernah pun membaca novelnya. Entri ini sekadar perkongsian sahaja. Harap maklum. 

6 ulasan:

  1. Apapun nota kaki tu yg mahal.. T kasih atas perkongsian cikgu Helmi.. :)

    BalasPadam
  2. Sama la cikgu... Ida pun cuma sekali jer tonton drama ni. Cuma klu tanak ketinggalan ikutilah pengulas amatur setiap hari sebelum kelas bermula...memang ada sessi mengulas hehehe

    BalasPadam
  3. takn suja tengok..hehehe..

    BalasPadam
  4. Tak pernah nonton pun drama nie.. :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78